Wednesday, February 23, 2011

Segalanya Sivik ~ PSK


Definisi Sivik


Mengikut kamus Tribahasa Oxford Fajar, maksud sivik ialah ilmu tatarakyat. Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Kesedaran sivik bermaksud rasa tanggungjawab yang lahir secara ikhlas dalam menjaga kepentingan awam demi kebaikan bersama. Pengetahuan sivik terdiri daripada maklumat dan idea asas yang pelajar harus mengetahui serta menggunakannya untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan produktif. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini membolehkan pelajar membuat keputusan menyelesaikan masalah, meningkatkan kesedaran sivik dan memberi sumbangan terhadap pembangunan masyarakat dan negara. 

Disediakan oleh: Yeow Ching Ching (197149)

Peranan Individu Terhadap Pendidikan Sivik


Pencapaian kendiri menghuraikan tentang perkembangan diri ke arah kecemerlangan yang meliputi aspek identiti dan wawasan diri, sifat-sifat peribadi mulia, kebolehan membuat keputusan, pemilihan kerjaya sepanjang hayat. Mereka dapat mencapai kecemerlangan diri dalam pendidikan, iaitu dengan mengamalkan budaya ilmu untuk kemajuan diri. Kita dapat berinteraksi dengan orang lain secara hormat dan sopan danberkongsi dengan rakan-rakan tentang ciri-ciri perwatakan terpuji. Menghasilkan garisan hidup tentang kejayaan dan cabaran diri juga merupakan cara untuk perkembangan diri ke arah pencapaian kendiri.

Peranan Keluarga Terhadap Pendidikan Sivik

Hubugan keluarga yang harmoni dapat membina keluarga yang bahagia. Hubungan keluarga yang erat dapat mewujudkan keluarga yang perpaduan dan tanggungjawab dalam setiap anggota keluarga dengan menyambut hari khas keluarga atau membuat persiapan bagi sesuatu majlis atau perayaan. Selain itu, anggota keluarga mesti berkongsi suka duka. Di samping itu, ibu bapa pula memainkan peranan menyokong anggota keluarga yang mencapai kejayaan atau dalam kesusahan atau kesedihan Oleh itu, untuk mewujudkan keluarga yang harmonis setiap anggota keluarga mesti menghormati dan menghargai antara satu sama lain.

Peranan Pendidikan Sivik Terhadap Masyarakat

Melahirkan anggota masyarakat yang bersatu padu dan patriotik akan lebih memahami dari segi tradisi, keagamaan, kebudayaan serta etnik-etnik masyarakat Malaysia yang kepelbagaian. Selain itu, penting juga untuk memupuk nilai hidup sandar menyandar semasa mengatasi cabaran dan dugaan yang berlaku dan mengambil tindakan yang wajar. Berperanan dalam menjalinkan rangkaian kemasyarakatan yang erat dan memainkan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk menyempurnakan slogan “Satu Malaysia”. Akhirnya, mewujudkan masyarakat yang demokrasi, persamaan taraf tanpa mengira agama, bangsa dan budaya di samping melahirkan insan yang berakhlak mulia dan patriotisme.

Kepentingan Pendidikan Sivik


Kepentingan Pendidikan Sivik yang pertama ialah pelajar dapat mengenal, mengurus, mempelajari tentang hak dan tanggungjawab seseorang. Kedua ialah mereka mengenal pasti peranan dan tanggungjawab anggota keluarga. Selain itu, pelajar boleh berinteraksi dan berkomunikasi secara sopan dengan orang lain. Mereka juga dapat memahami, mengekalkan dan menghargai pelbagai agama, tradisi dan budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Pelajar dapat mengenali sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpin negara serta memupuk perasaan bangga dan cinta akan negara.

Nilai Yang Diperoleh Dari Pendidikan Sivik

Nilai-nilai murni yang dapat diterapkan dalam Pendidikan Sivik ialah hormat -menghormati, tanggungjawab, integriti dan sifat penyayang. Hormat-menghormati wujud apabila seseorang percaya pada harga dirinya dan harga diri orang lain. Nilai tanggungjawab pula akan wujud apabila seseorang sedar akan tugas terhadap dirinya sendiri, keluarganya, masyarakat, negara dan dunia serta memenuhi tanggungjawabnya dengan kasih sayang dan iltizam. Seterusnya integriti akan menyebabkan seorang yang amanah akan berpegang teguh pada prinsip etika dan berkeberanian moral untuk menegakkan kebenaran. Manakala seseorang penyayang bertindak dengan kebaikan dan belas kasihan.  

Kesimpulan Dan Harapan Terhadap Pendidikan Sivik

Untuk membentuk satu masyarakat yang berilmah, pendidikan sivik harus dipupuk di kalangan generasi muda terutamanya remaja, ini ialah untuk mempertingkatkan semangat patriotik dan nasionalisme mereka supaya golongan tersebut dapat lebih memahami Negara mereka dari segi perkembangan ekonomi dan dari segi sistem politik. Di samping itu, tumpuan perlu diberi dalam penguasaaan dan perkembangan dari segi kemahiran berfikir bagi membolehkan golongan muda membuat keputusan secara rasional dalam menghadapi sebarang dugaan masa depan yang komplek. 
C

Take out with FULL of Credits to whoever made this. Kamsahamnida!!
~ejalKyuBr0dancer~

0 comments:

 

~Maknae ejalKyu br0dancer WorlD~ ^~^v Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009